Minggu, 22 Agustus 2010

Syarat Perkhidmatan Blogger

Syarat Perkhidmatan Blogger

Selamat datang ke Blogger! Sebelum anda mula menggunakan Blogger, anda perlu baca dan bersetuju dengan Syarat Perkhidmatan Blogger ("Syarat Perkhidmatan") dan terma dan syarat serta dasar berikut, termasuk apa-apa pembetulan di masa hadapan (bersesama, "Perjanjian"):

Walaupun kami cuba memberitahu anda apabila perubahan besar dilakukan pada Syarat Perkhidmatan Blogger, anda harus meneliti versi paling terkini secara berkala ( http://www.blogger.com/terms.g ). Google boleh, mengikut budi bicaranya, mengubah suai atau menyemak semula Syarat Perkhidmatan dan dasar ini pada bila-bila masa, dan anda bersetuju terikat dengan pengubahsuaian atau semakan sedemikian. Jika anda tidak menerima dan mematuhi Perjanjian ini, anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan Blogger. Jika terdapat sebarang ketakselarasan antara Syarat Perkhidmatan Blogger dan sama ada Syarat Perkhidmatan umum Google ( http://www.google.com/intl/en/terms_of_service.html ) atau Dasar Privasi Google ( http://www.google.com/privacy.html ), Syarat Perkhidmatan Blogger ( http://www.blogger.com/terms.g ) akan mengawal. Tiada apa-apa dalam Perjanjian ini akan dianggap untuk memberi hak atau faedah kepada mana-mana pihak ketiga.

1. Pemerihalan mengenai Perkhidmatan. Blogger merupakan perkhidmatan menerbitkan web dan perkhidmatan hos pilihan ("Perkhidmatan"). Anda akan bertanggungjawab atas segala aktiviti yang berlaku di bawah nama pengguna anda dan untuk menjaga kata laluan anda agar selamat. Anda memahami dan bersetuju bahawa Perkhidmatan yang diberikan kepada anda berdasarkan SEPERTI SEDIA ADA dan SEPERTI YANG TERSEDIA. Google menafikan semua tanggungjawab dan liabiliti terhadap ketersediaan, pemasaan, keselamatan atau kebolehpercayaan Perkhidmatan atau mana-mana perisian klien lain. Google berhak mengubah suai, menggantung atau tidak menyambung Perkhidmatan dengan atau tanpa notis pada bila-bila masa tanpa sebarang liabiliti kepada anda.

Anda mesti berusia sekurang-kurangnya tiga belas (13) tahun untuk menggunakan Perkhidmatan tersebut. Google berhak menolak perkhidmatan kepada sesiapa pun pada bila-bila masa tanpa sebarang notis atas apa jua alasan.

2. Penggunaan yang Betul. Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab atas penggunaan Perkhidmatan anda, untuk sebarang catatan yang anda lakukan, dan untuk sebarang akibat daripadanya. Anda bersetuju yang anda akan menggunakan Perkhidmatan mengikut semua undang-undang dan peraturan tempatan, negara, nasional dan antarabangsa yang berkuat kuasa, termasuk sebarang undang-undang berkaitan penghantaran data teknikal yang dieksport dari negara kediaman anda dan semua undang-undang kawalan eksport Amerika Syarikat.

Anda bersetuju berpegang pada Dasar Kandungan Blogger ( http://www.blogger.com/content.g ) dan peraturan serta penyekatan di dalamnya. Walaupun kami boleh mencuba untuk memberitahu anda apabila perubahan besar telah dibuat kepada Dasar Kandungan Blogger, anda harus meneliti versi paling terkini secara berkala. Google boleh, menurut budi bicaranya, mengubah suai atau menyemak Dasar Kandungan Blogger pada bila-bila masa, dan anda bersetuju untuk terikat dengan pengubahsuaian atau semakan tersebut.

Pelanggaran terhadap sebarang yang disebut di atas, termasuklah Dasar Kandungan Blogger ( http://www.blogger.com/content.g ), boleh mengakibatkan penamatan segera Perjanjian ini, dan boleh mengakibatkan anda penalti negeri dan persekutuan dan akibat undang-undang yang lain. Google berhak, tetapi tidak ada kewajipan, untuk menyiasat penggunaan Perkhidmatan anda untuk (a) menentukan sama ada pelanggaran Perjanjian telah berlaku atau (b) mematuhi sebarang undang-undang, peraturan, proses guaman atau permintaan kerajaan yang berkaitan.

Kebanyakan kandungan Blogger.com dan Blogspot.com -- termasuklah kandungan catatan khusus -- disediakan oleh dan merupakan tanggungjawab individu yang melakukan catatan tersebut. Google tidak memantau kandungan Blogger.com dan Blogspot.com, dan tidak bertanggungjawab atas kandungan tersebut. Sebaliknya, Google hanya menyediakan akses kepada kandungan sebegitu sebagai perkhidmatan kepada anda.

Mengikut sifatnya, Blogger.com dan Blogspot.com mungkin mengandungi catatan yang mengganggu, berbahaya, bahan tidak tepat ataupun tidak sesuai, atau dalam sesetengah keadaan, catatan yang telah tersalah label atau mengelirukan. Kami berharap anda akan berwaspada dan menggunakan akal serta mengamalkan pertimbangan yang sesuai semasa menggunakan Blogger.com dan Blogspot.com.

Google tidak mengendors, menyokong, mewakili atau menjamin kebenaran, ketepatan, atau kebolehpercayaan sebarang komunikasi yang dicatatkan melalui Perkhidmatan atau mengendors sebarang pendapat yang dinyatakan melalui Perkhidmatan. Anda mengakui bahawa sebarang pergantungan pada bahan yang dicatatkan melalui Perkhidmatan akan merupakan risiko anda sendiri.

3. Privasi. Sebagai syarat penggunaan Perkhidmatan, anda bersetuju dengan syarat-syarat Dasar Privasi Google ( http://www.google.com/privacy.html ), yang mungkin dikemaskinikan dari masa ke masa, seperti yang dinyatakan dalam versi terkini yang wujud pada masa penggunaan anda. Anda bersetuju bahawa Google mungkin mengakses atau mendedahkan maklumat peribadi anda, termasuk kandungan komuniksi anda, jika Google diperlukan untuk melakukan demikian supaya dapat mematuhi proses undang-undang yang sah atau permintaan kerajaan (seperti waran geledah, sepina, statut atau perintah mahkamah), atau seperti yang telah disediakan dalam Syarat Perkhidmatan ini dan Dasar Privasi Google umum. Maklumat peribadi yang dikumpul oleh Google boleh disimpan dan diproses di Amerika Syarikat atau negara yang lain yang mana Google Inc. atau wakilnya mengekalkan kemudahan. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda mengizinkan pemindahan maklumat sedemikian di luar negara anda.

4. Amalan Umum Berkaitan Penggunaan dan Storan. Anda bersetuju yang Google tidak bertanggungjawab atau mempunyai liabiliti bagi pemadaman, atau kegagalan menyimpan atau menghantar, sebarang Kandungan dan komunikasi lain diselenggarakan oleh Perkhidmatan. Google mengekalkan hak untuk mewujudkan had pada penggunaan dan storan menurut budi bicara kami pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis.

5. Kandungan Perkhidmatan. Google tidak bertanggungjwab atas kandungan pihak ketiga (termasuk, tanpa pembatasan, sebarang virus atau ciri melumpuhkan), Google juga tiada kewajipan untuk memantau kandungan pihak ketiga tersebut. Google berhak pada bila-bila masa untuk membuang atau menolak untuk mengedarkan sebarang Perkhidmatan, misalnya kandungan yang melanggar syarat Perjanjian ini. Google juga berhak mengakses, membaca, mengekalkan, dan mendedahkan sebarang maklumat mengikut budi bicara yang diperlukan untuk (a) memenuhi sebarang peraturan berkaitan undang-undang, peraturan, proses guaman atau permintaan kerajaan, (b) menguatkuasakan Perjanjian ini, termasuklah penyiasatan pelanggaran yang mungkin berlaku tersebut, (c) mengesan, mencegah, atau juga penipuan alamat, keselamatan atau perkara teknikal, (d) membalas permintaan sokongan pengguna, atau (e) melindungi hak, harta atau keselamatan Google, penggunanya dan orang awam. Google tidak akan bertanggungjawab atas pelaksanaan atau tidak melaksanakan haknya di bawah Perjanjian ini.

6. Hak Harta Intelektual. Hak Harta Intelektual Google. Anda mengakui bahawa Google memiliki semua hak, tajuk dan kepentingan dalam dan terhadap Perkhidmatan, termasuklah semua hak harta intelektual ("Hak Google"). Hak Google dilindungi oleh A.S. dan undang-undang harta intelektual antarabangsa. Oleh yang demikian, anda bersetuju yang anda tidak akan menyalin, menghasilkan semula, mengubah, mengubah suai, atau membuat hasil terbitan daripada Perkhidmatan tersebut. Anda juga bersetuju yang anda tidak akan menggunakan sebarang robot, labah-labah, peranti automatik lain, atau proses manual untuk memantau atau menyalin sebarang kandungan daripada Perkhidmatan. Sebagaimana yang diterangkan betul-betul di bawah, Hak Google tidak termasuk kandungan pihak ketiga yang digunakan sebagai bahagian daripada Perkhidmatan, termasuklah kandungan komunikasi yang muncul dalam Perkhidmatan.

Hak Harta Intelektual Anda. Google mendakwa tiada pemilikan atau kawalan ke atas sebarang Kandungan yang telah diserahkan, dicatatkan atau dipaparkan oleh anda dalam atau menerusi perkhidmatan Google Anda atau pemberi lesen pihak ketiga, sewajarnya, mengekalkan semua paten, tanda dagangan dan hak cipta bagi sebarang Kandungan yang anda serahkan, catatkan atau paparkan dalam atau menerusi perkhidmatan Google dan anda bertanggungjawab melindungi hak itu, sewajarnya. Dengan menghantar, mencatat atau memaparkan Kandungan tentang atau menerusi perkhidmatan Google yang bermaksud tersedia untuk orang awam, anda membenarkan Google menghasilkan semula, menerbitkan dan mengedarkan Kandungan tersebut di serata dunia, bukan eksklusif, lesen bebas royalti dalam perkhidmatan Google bagi tujuan memaparkan dan mengedarkan perkhidmatan Google. Tambahan lagi, Google berhak menolak, mencatat, memaparkan atau menghantar sebarang Kandungan mengikut budi bicaranya..

Anda mewakili dan menjamin bahawa anda memiliki semua hak, kuasa dan kebenaran yang diperlukan untuk memberikan hak yang dibenarkan di dalam ini pada sebarang Kandungan yang diserahkan.

Anda boleh pilih untuk serah, siar, dan paparkan apa-apa bahan pada atau melalui perkhidmatan Blogger atau Blogspot.com di bawah lesen awam (cth. lesen Creative Commons ), sama ada melalui menandakan bahan anda secara manual atau menggunakan alat perkhidmatan Blogger untuk melakukan demikian. Untuk mengelakkan keraguan, Google bukanlah pihak untuk mana-mana lesen awam sedemikian antara anda dan mana-mana pihak ketiga. Juga, untuk mengelakkan keraguan, Google boleh memilih untuk menggunakan hak yang dibenarkan di bawah lesen awam, jika ada, anda gunakan pada bahan anda atau (b) Persetujuan ini.

7. Tiada Jualan Balik Perkhidmatan. Melainkan dibenarkan dengan nyata secara bertulis oleh Google, anda bersetuju untuk tidak menghasilkan semula, menduplikasi, menyalin, menjual, memperdagangkan, menjual balik atau mengeksploitasi untuk sebarang tujuan komersil (a) mana-mana bahagian daripada Perkhidmatan, (b) penggunakan Perkhidmatan, atau (c) mengakses Perkhidmatan.

8. Publisiti. Sebarang penggunaan nama dagang, cap dagang, tanda perkhidmatan, logo, nama domain, dan ciri jenama tersendiri lain ("Ciri Jenama") Google, termasuklah "Blogger", "Blogger.com", "Blogspot", dan "Blogspot.com", haruslah mematuhi Perjanjian ini dan mematuhi garis panduan penggunaan Ciri Jenama semasa Google dan sebarang kandungan yang terkandung atau yang dirujuk di dalamnya, yang boleh ditemui di URL berikut: http://www.google.com/permissions/guidelines.html (atau URL lain sebegitu yang diberikan Google dari masa ke masa).

9. Perwakilan dan Jaminan. Anda mengatakan dan menjamin bahawa (a) semua maklumat yang disediakan oleh anda kepada Google untuk menyertai Perkhidmatan adalah benar dan terkini; dan (b) anda mempunyai semua hak, kuasa dan autoriti yang diperlukan untuk mula mengikat Perjanjian ini dan untuk melaksanakan akta yang dikehendaki kepada anda di bawah ini.

10. Penamatan; Penggantungan. Google boleh, mengikut budi bicaranya, pada bila-bila masa dan atas sebarang alasan, menamatkan Perkhidmatan, menamatkan Perjanjian ini, atau menggantung atau menamatkan akaun anda. Sekiranya berlaku penamatan, akaun anda akan dilumpuhkan dan anda tidak boleh diberikan akses ke akaun anda atau sebarang fail atau kandungan lain yang terkandung dalam akaun anda walaupun salinan baki maklumat akan kekal dalam sistem kami buat beberapa ketika bagi tujuan sandar. Bahagian 2, 3, 5 - 8, dan 10 - 15 pada Perjanjian, bersama dengan peruntukan diguna pakai pada Syarat Perkhidmatan am (termasuklah bahagian berkenaan pembatasan liabiliti), akan terus diguna pakai apabila habis tempoh atau penamatan.

11. Perlindungan. Anda bersetuju menanggung bahaya dan melindungi Google, dan subsidiarinya, ahli gabungan, pegawai, wakil, dan pekerja daripada dan pada tuntutan pihak ketiga yang timbul akibat atau dalam sebarang cara yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan anda, termasuklah sebarang liabiliti atau belanja yang timbul akibat semua tuntutan, kerugian, kerosakan (sebenar atau lanjutan), guaman, pengadilan, kos litigasi dan yuran wakil, bagi setiap jenis dan keadaan. Dalam kes sebegitu, Google akan memberikan anda notis bertulis mengenai tuntutan, hal guaman atau tindakan tersebut.

12. Persetujuan Keseluruhan. Persetujuan ini mengandungi perjanjian keseluruhan antara anda dan Google dan mentadbirkan penggunaan anda bagi Perkhidmatan, menggantikan apa-apa persetujuan sebelumnya antara anda dan Google. Anda juga mungkin tertakluk pada terma dan syarat tambahan yang mungkin dikenakan apabila anda mengguna atau membeli perkhidmatan Google tertentu yang lain, perkhidmatan gabungan, kandungan pihak ketiga atau perisian pihak ketiga.

13. Penepian dan Kebolehasingan bagi Syarat. Kegagalan Google untuk menjalankan atau menguatkuasakan apa-apa hak atau peruntukan Syarat Perkhidmatan tidak akan membentuk penepian hak atau peruntukan yang sedemikian. Jika apa-apa peruntukan bagi Syarat Perkhidmatan didapati oleh mahkamah bidang kuasa kompeten adalah tidak sah, namun begitu pihak tersebut bersetuju bahawa mahkamah perlu berusaha untuk memberi penguatkuasaan terhadap niat pihak tersebut seperti yang telah digambarkan dalam peruntukan, dan peruntukan lain bagi Syarat Perkhidmatan akan kekal dengan kuasa dan kesan penuh.

14. Statut Pengehadan. Anda bersetuju bahawa tanpa menghiraukan sebarang statut atau undang-undang yang bertentangan, sebarang tuntutan atau punca tindakan yang timbul daripada atau berkaitan penggunaan perkhidmatan Google atau Syarat Perkhidmatan harus difailkan dalam masa satu (1) tahun selepas tuntutan atau punca tindakan yang timbul atau disekat selama-lamanya.

15. Pilihan Undang-undang; Bidang Kuasa; Forum. Syarat Perkhidmatan akan ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut peraturan Negeri California, tanpa memberi kesan kepada perselisihan peruntukan undang-undang California atau negeri atau negara anda bermastautin. Sebarang tuntutan, prosiding undang-undang atau ligitasi yang timbul berhubung dengan Perkhidmatan akan di bawa semata-mata di Santa Clara County, California, dan anda bersetuju dengan bidang kuasa mahkamah tersebut.

16. Maklumat Hak Cipta. Sudah menjadi dasar kami untuk memberikan respons kepada notis bagi pelanggaran yang dikatakan yang mematuhi Akta Hak Cipta Millenium Digital. Jika anda yakin bahawa hak cipta anda telah dilanggar dalam Perkhidmatan, sila rujuk kepada http://www.google.com/blogger_dmca.html untuk mendapatkan maklumat cara memfail atau bertindak balas pada notis perlanggaran.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar